1.DUN Sabak menjadi destinasi SERANG seterusnya. Lebih menggembira kepimpinan utama YB Datuk Rahman dan YB Datuk Warno turut sama hadir. Biar pun ada mendung yang berarak namun demi parti mereka terus memberi sokongan kepada Samad dan Farhana. Lebih 100 orang jentera anak muda DUN Sabak hadir dalam program ini. 2. Saya ada kala bernostalgia dengan UMNO Bahagian Sabak Bernam. Asas politik saya ialah di Sabak Bernam. Saya tidak lupa Ketika YB Datuk Rahman menjadi Ketua Pemuda, delegasi pemuda Sabak Bernam mahukan saya pulang ke kampung mengetuai pemuda cawangan Tebuk Hj Yusuf. Beberapa siri perbincangan dengan Izamudin, Cikgu Badri dan Cikgu Halim dan akhirnya saya bersetuju pulang ke kampung. Sempat beberapa kali mewakili cawangan ke Bahagian Sabak Bernam, akhirnya persempadanan semula dan 7 cawangan di Sabak Bernam berpindah ke Sungai Besar.Walaupun saya bukan AJK Pemuda Bahagian Sabak Bernam namun saya dipilih sebagai AJK penaja Pemuda Bahagian Sungai Besar. Siri kehidupan berparti bermula disini.
3.Dalam taklimat TERANG saya menyenaraikan 250 isu salah tadbir kepimpinan kerajaan PAS-PKR-DAP sekarang yang mesti disebar luas kepada rakyat. Najib, BN, 1 Malaysia adalah jenama yang baik cum BN perlu penambahbaikan terhadap terhadap Tukang Promosi parti. SERANG mengambil tanggungjawab tersebut. Saya merumuskan parti memerlukan kita semua, apa sahaja daya usaha yang boleh dilakukan untuk memenangi PRU ke 13, lakukanlah.4. Sebelum berakhir YB Rahman sempat berbisik "Setelah diberi mandat, lakukan sebaik mungkin dan jangan hiraukan kata-kata orang dibelakang. Semua yang berlaku atas ketentuan Allah swt". Semuga beliau tabah dengan dugaan.
No comments:
Post a Comment