Thursday, November 17, 2011

Menjadi Bidadari

1. Menulis dalam akhbar berbanding dengan laman web lebih sukar terutama melepasi editorial akhbar. Gaya penulisan tentulah perlu bersesuaian dengan dengan khalayak publik. Berbeza dengan menulis di blog, lontarkan sahaja apatah lagi jika pemilik blog beridentiti black. Ada tiga akhbar yang kerap ditatap oleh khalayak Melayu. Sinar Harian, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Juga terfikir tentang masa depan mereka. Majoriti yang membaca secara online melebihi kuantiti akhbar yang terjual.

2. Akhbar berhubung kait dengan pembentukan jenama. Ada yang pernah ditangkap isu mahkamah syariah, namun penampilan di mahkamah dengan penuh tertib dan berkupiah. Mengapa dalam akhbar arus perdana ada pemimpin-pemimpin tertentu yang kerap muncul di dada-dada akhbar. Asyik-asyik muka yang sama. Kekerapan tersebut ada kalanya melebihi penonjolan menteri. Ini menimbulkan persoalan apakah sebenarnya kriteria utama memberikan kenyataan di akhbar.

3. Benarlah media tidak dapat lari sebagai pembentukan imej positif. Anwar pernah meletakkan Johan Jaafar, Nazri Abdullah dan Yunus Said sebagai orangnya sebagai gatekeeper media. Apabila Anwar keluar dari arus media utama maka tertolak sama orang media mereka. Ini baik buruk ada bau politik dalam media.

4.Apa pun tribut berterima kasih kepada media yang menyokong pandangan dan penulisan berkaitan isu sosial dan belia. Kalau yang lain menyusun profil kerja bertingkat, biarlah menulis ini saya lakukan. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

0 comments: