Friday, November 4, 2011

Kembali ke landasan

1. Hampir 2 bulan terkejar-kejar melawan waktu kerana jomberubah dan SPA. Satu lagi impian yang berjaya di penuhi untuk tahun ini. Mengapa jom berubah? Obses dalam setiap program pembangunan diri, saya mahu semua anak muda punya pandangan hidup yang jelas. Terdidik dalam program latihan NLP, Business Coach saya mahu anak muda di kampung turut merasai kehangatannya.
2. Mengapa memilih Kuala Langat dan Hulu Selangor? Mengapa tidak dilakukan di Sabak Bernam? Tempat kelahiran. Faktanya Zurihan dan Achong memiliki pasukan yang mantap di sana, saya mengambilaih MBD di pertengahan jalan.Jangan bimbang saya akan laksanakan selepas beberapa isu teknikal selesai.
3.Ada banyak pengalaman yang dikumpul oleh pasukan kami. Hanya saya seorang sahaja yang pernah terlibat dalam kerja-kerja NGO dan yang lainnya adalah berlatar belakang korporat. Baru mereka faham kepayahan menjadi pemimpin tempatan / akar umbi. Mereka melihat dengan mata kepala sendiri kegigihan pemimpin tempatan ini. Mereka ini mesti dihargai.
4. Salut saya kepada anak muda di Kuala Langat dan Hulu Selangor. Kerjasama terbaik dari mereka untuk semua aktiviti yang dilaksanakan. Kzmi bantu anda gali potensi diri. Misi memberikan motivasi percuma mesti diteruskan. Saya sedang menyiapkan buku SPA. Apa tu? tunggulah..

1 comments:

Wak dOb said...

dahsyat bro....buat kat sabak bernam insyaAllah hadir...hehe