1. Apakah yang dapat menyatukan hati kita? Tentulah sentuhan simpati yang mendalam. Pada tahun 1942 seorang kanak-kanak Belanda bernama Bertha Hertogh diserah kepada keluarga Melayu bernama Che Aminah Mohamad. Kanak-kanak itu diberi nama Natrah dan tinggal di Kampung Banggol, Kemaman.
2. Pada tahun 1950, atas tipu muslihat Sarjan Hertogh, Natrah di bawa kembali ke Singapura dan diletakkan di Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura. Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan kembali hak penjagaan Natrah melalui peguam Prof Ahmad Ibrahim. Che Aminah menang dalam kes rayuan tersebut.
3. Natrah berkahwin dengan Mansor Adabi dalam usia 13 tahun. Berdasarkan undang-undang Belanda, mereka yang di bawah 16 tahun, bapa berhak menentukan kehidupan mereka. Pada tahun 1950, Hakim memutuskan bapanya berhak menentukan agama anaknya. Natrah dihantar pulang ke Belanda dan seterusnya menjadi Khatolik.
4. Umat Islam bangkit membantah dan mencetuskan Rusuhan Natrah. Singapura suram dengan perintah berkurung 2 hari 2 malam. Semua tahu akhirnya kehidupan Natrah kacau bilau di Belanda dan Amerika Syarikat.
5. Dr Burhanuddin Helmy di tahan di Pulau Sekijang, Singapura, MA Majid (bapa angkat) Mansur Adabi membiayai perbicaraan di Mahkamah, Prof Ahmad Ibrahim peguam yang mempertahankan keadilan dan kebenaran. Hampir 2 ribu umat Islam dari Johor, Pahang dan Terengganu bangkit mempertahankan akidah.
18 orang terbunuh dan 173 cedera mempertahankan akidah seorang muslimah. Awal bulan dengan isu yang sama, lebih ramai yang terlibat di mana suara seperti Prof Ahmad Ibrahim, Burhanuddin Helmy, MA Majid dan ribuan umat Islam?
Dunia telah tua dan penghujung kehidupan semakin hampir.
1 comments:
Siapa yang jd PEGUAM utk perjuangkan MURTADnye Lina JOY??
Siapa yg perintah negara berlandaskan undang2 SEKULER??
-Jawapam-Sama saja siapa yg jd pemerintah di mlaysia ni..masing2 x jaga akidah,cuma jaga periuk nasi sendiri jer..
Post a Comment