Wednesday, August 10, 2011

Menunggu Berbuka

1. Rakyat sedang mentafsir Khalid Ibrahim. Biar pun beliau dilihat keliru, beliau bukannya tidak cerdik. Menyedari politik adalah `the art of number' dan selaku MB tentunya beliau faham komposisi pengundi di Selangor. Sebab itu tindakan beliau dari aspek politik biar pun merugikan bangsa namun masih 'betul' dari sudut politik.

2. 10 hari puasa kita digegerkan dengan isu pendidikan dan murtad di Selangor. Kefahaman penguasa negeri terhadap isu pendidikan ialah landasan 2T (Tutup dan Tranfer). Akibat nilai dagang IKYS di Bagan Terap ditutup dan para pelajar diarahkan berpindah ke Kuala Selangor. Hanya kerana nilai kawasan Kampung Pandan berjumlah jutaan ringgit maka berpindah mereka dari asrama itu ke Batang Berjuntai.

3. Mengapa mereka tidak mahu dengan pendekatan 2B (Bina dan Buka). Sekarang ini juruletrik dan penghawa dingin punya pasaran pekerjaan merentasi geopolitik bandar dan desa. Tidak kira sama ada mereka makan gaji atau berniaga sendiri. Asas ini membolehkan Yayasan Selangor membina sebanyak mungkin institusi kemahiran dengan kursus hujung minggu dan berterusan.


4. Sebab itu cukup janggal kalau mahu melihat pendidikan dihubungkan dengan wang ringgit. Ianya merupakan satu pelaburan jangka panjang. Dalam hal ini PAS sangat cerdik, mereka menyebar doktrin parti seawal dari usia 5-6 tahun di PASTI, kemudian anak itu bertemu dengan guru yang pro PAS di sekolah sehinggalah ke universiti. Bayangkan jika mereka menjadi PTD yang tidak berkongsi nilai dengan pihak pemerintah.
Di usia Ramadhan, kejahatan semakin terserlah..

0 comments: