Thursday, August 18, 2011

Menukar steereng kereta

1. Pendekatan pimpinan PAS dalam mengendalikan sesuatu isu sangat tidak bijaksana. Tidak kira sama ada mereka bernama Hadi Awang, Nik Aziz hatta Mustafa Ali sekali pun kegemarannya menjadi pakar pemesong. Mereka gemar memesongkan apa jua perkara yang kesan akhirnya memberi imej politik yang baik kepada mereka.Belajarlah sedikit bertanggungjawab, tiada parti yang sempurna cuma usahalah sebaik mungkin untuk melayani kehendak ahli parti.

2.
Dalam isu usaha murtad dan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dilakukan oleh pihak JAIS tentulah keterlaluan untuk menuduh UMNO berperanan dalam isu tersebut. JAIS di bawah pemerintahan kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri di bawah pimpinan PAS-PKR-DAP. Exco yang menjaga hal ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu ialah Hasan Ali dari PAS. Untuk menolak kegagalan persefahaman mereka menyalahkan UMNO namun semua orang tahu PAS-PKR-DAP dengan tidur berbantal sama dan mimpi berbeza.

3. Di kampung mereka yang bersimpati kepada PAS sudah tidak mahu angkat muka. Syukur mereka mula mengenali dan memahami PAS. Yang tinggal hanya penyokong totok yang tidak berani mempersoalkan 'fatwa' pemimpin. Mereka sudah kehilangan mantra berdebat. Hilang penubuhan Negara Islam dan menjadi kuda dalam isu murtad. Akhirnya seperti pemimpin mereka UMNO dan BN yang salah akhirnya.

4. Mengapa usaha memesongkan fakta dibuat secara berterusan tanpa henti? Orang Melayu yang menyokong PAS sudah merosot kepada 30% yang dahulunya melebihi 40%. Mereka faham yang tinggal adalah jentera tegar, oleh itu bala tentera medan juang mesti dipasak dengan propaganda berterusan.

Adakah politik sudah kehilangan nilai pahala dan dosa? Kenyataan dusta ditafsir strategi perang?

0 comments: