Friday, July 29, 2011

Salam Nur Ramadhan

1. Ramadhan hadir lagi untuk membentuk perasaan rasa berTuhan. Membina diri, koreksi diri, mengkerdil diri menghargai jiwa hamba kepada penciptaNya. Ramadhan membentuk aura kepimpinan bermula dari diri sendiri dan pemimpin mesti punya teladan.Mereka perlu jaga puasa lebih berbanding pengikut, lebih Terawikh berbanding rakan sejawatan.

2. Membentuk jiwa hamba bukan mudah. Orientasi kepimpinan barat dengan pendekatan 'individual centric' membentuk kehebatan peribadi. Ini ada kala menyebabkan pemimpin lupa. Tanpa gagal Tuhan mengutus malaikat untuk memantau pergerakan.Sebab itu dalam keluk kepimpinan, kualiti kepimpinan akan semakin menurun apabila terlalu lama berkuasa. Mungkin tidak ditegur oleh rakan seakrab.

3. Jika tidak diurus dengan sempurna Ramadhan menjadi musim berbelanja yang lebih dari sedia ada. Dari hujung anjung ke belakang rumah semuanya diazam menjadi baru. Menjadi baru ada kalanya perlu ada peruntukan belanja baru.Ini acapkali memeningkan kepala.Ini tidak termasuk pelawaan dan tajaan berbuka di hotel.

4.Pesanan ini mesti diingati - Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapat darinya puasanya melainkan lapar dan dahaga (Riwayat Ahmad). Pengamatan kita, ada ramai yang berpuasa ikhlas. Ada juga yang berpuasa untuk menunjuk-nunjuk dan tidak kurang yang berpuasa namun maksiat tidak dapat dihindarkan.

Ayuh! Bersama menjaga puasa dan membentuk jiwa berTuhan!

2 comments:

Riverstone Eco Resort said...

http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2011/07/berita-harian-sabtu-30-julai-2011.html

newsbaru said...

jadikan Ramadan ini untuk memperkukuhkan kekuatan dalam memastikan perjuangan bangsa dan agama berterusan, jandaikan pperangan Badar sebagai ikon untuk perjuangan kita, walaupun berbeza cara dan suasana, matlamat adalah sama