1. Filem Inggeris yang paling awal saya tonton di pawagam ialah King Kong, seingat saya pada tahun 1978. Tahun yang sama juga saya menonton cerita 'Si Badul'. Panggung kesukaan ialah Cathay di Kelang. Selepas menonton wayang tentulah makan Mee Jawa di Emporium Makan di Kelang. Satu-satunya emporium yang khusus untuk makan.2. Armaya Aman Ramlee@ Badul pernah buat pecah panggung. Lewat 70an dan awal 80an beliaulah hero Melayu pada ketika itu. Filem Si Badul, Panglima Badul, Prebet Lapok, Pagar-pagar Cinta pernah melekat di hati peminat filem Melayu.Jangan lupa pada tahun 1989 Filem Oh Fatimah berjaya mengangkat beliau sebagai Aktor dan Pengarah Filem Terbaik. Juga pelakon lelaki paling popular Berita Harian.
3. Itu dahulu, baton hero lelaki berpindah tangan. Emman Manan, Rosham Nor, Mustafa Kamal semakin larut. Remy Ishak, Farid Kamil, Shaheizy Samm dan Shamsul Yusof Haslam sedang menunggu.
4. Itulah putaran masa.Yang penting kita sedar diri bukan lagi hero pujaan. Anwar sedar dalam tidak sedar beliau bukan lagi hero pujaan. Beliau bermimpi mahu mencipta hero-hero baru namun dalam masa yang sama tetap mahu menjadi hero. Azmin - Samsul - Nik Nazmi, Husam , Ambiga. Mungkin turut tersenarai Wardina dan Us Zamri.
Mantra biasa pemimpin biasanya gagal menyediakan pemimpin pelapis. Seperti Mahathir yang kelihatan menyediakan Anwar selaku pemimpin pelapis namun gagal ditelan takdir. Anwar jika melihat dirinya selaku modul pemimpin beliau akan gagal juga.
1 comments:
Hero yang ingin dicari bukanlah Hero yang hanya gah dari segi nama, tapi ia mestilah yang sebenarnya ikhlas utk berjuang membela agama, bangsa dan negara. Hero yang diharapkan untuk hadir adalah orang yang berkerja tanpa mengharapkan ganjaran atau pangkat....
Post a Comment