Sunday, June 26, 2011

πάσχω (paskho)

1. Mencari perkataan passion dalam bahasa Melayu amat menyukarkan. Ia diterjemah dalam Bahasa Inggeris sebagai 'perasaan yang mendalam terhadap individu atau sesuatu'. Mungkin 'keghairahan melampau' - kerapkali juga ditafsir negatif. Ia bukan objektif tetapi naluri-naluri emosi yang terarah dari Sang Pencipta.

2. Seperti bercinta - jika kita bercinta kerana sesuatu terhadap wanita, sesuatu itu tidak kekal. Kecantikan dan kekayaan boleh datang pergi. Namun jika mencintai wanita kerana sesuatu yang tidak ditafsir dengan objektif ia akan kekal lama.Mantranya mudah manusia hanya dengan sebaik mungkin jika mereka seronok melakukannya.

3. Begitulah jiwa petugas parti yang mesti dipupuk. Bekerja dengan penuh passion. Mengamati data, memerhati dengan penuh cermat namun yang paling penting adalah rahsia. Petugas parti inilah yang paling payah dalam mendiamkan diri. Mereka beranggapan siapa banyak bicara dialah berkuasa.Rahsia utama ialah elakkan tindakan yang diketahui oleh pihak lawan.

Bolehkah menjadi petugas parti yang penuh passion tanpa imbuhan?

3 comments:

Anonymous said...

mana ade org buat kerja FREE zaman skang..pemimpin belasah duit rakyat,pekerja yg btungkus lumus dpt nasi lemak bungkus dr pagi sampai ke ptg..bak kata kumpulan JAMBU dlm Maharajlawak, APE PUN TAK BOLEH!!!..

pesol said...

bagaimana pula dengan kepimpinan yang ada sekarang ini... bolehkah menjadi pemimpin parti yang penuh passion tanpa imbuhan?

Anonymous said...

amati dulu istilah "passion" jgn kelirukan para pembaca dgn tafsiran sendiri, terlalu bahaya, ibarat seperti orang hahil yang cuba menterjemah ayat al-Quran untung kepentingan sendiri.....