Friday, June 17, 2011

Berlari Marathon

1. Berlari marathon memerlukan larian strategik untuk menggabung stamina dan menghalang larian pihak lawan. Jaraknya jauh, tentunya taktikal berbeza dengan larian pecut 100 meter. Mendada dengan kemenangan ada kala ditentukan dengan foto finish.

2. Begitulah dalam mengaharungi PRU ke 13. Walaupun ramai yang menjangkakan penghujung 2011 namun hati kecil saya berkata ia akan berlangsung pada Mac 2012. Harapnya pembubaran parlimen tidak sekadar keseronokan mengikuti naluri angka. Jika berminat dengan angka 7, segalanya perlu seronok berlaku pada tarikh 7, tidak kira 17 atau 27 haribulan.

3. Kerja politik seperti berlari marathon. Jangan sampai dipotong di 100 meter terakhir. Hati-hati pihak musuh membawa serbuk lada ketika berlari, tidak kurang yang menyimbah minyak di balapan. Lihat juga siku dan hujung jari yang menerpa muka, dada dan alat sulit.

4.Jangan terlalu payah mengerja politik. Pertama fundamental - menerang tentang kesukaan rakyat dan sensitiviti rakyat. Kenaikan harga barang dan keperluan asas jangan sampai menjelekkan rakyat. Kedua - data kuantitatif pola pengundian. Bermainlah dengan statistik namun yang paling adalah fundamental.


Ayuh! Kita berlari..

2 comments:

Anonymous said...

UMNO lahir di ISTANA.
PAS lahir di MASJID.
PKR lahir di JALANAN.
DAP lahit di SEBERANG TAMBAK.
MCA lahir di LOMBONG.
MIC lahir di ESTET.

fikir2kan la mn yang elok..

Anonymous said...

lahir di istana - Sombong dan ego spt Raja
lahir di Masjid- Beriman spt alim Ulama
lahir dijalanan- Merempat spt pengemis
lahir di singapore-mahu hancurkan tanah melayu
lahir di lombong-berkuasa melalui ekonomi
lahir di estet-lentok liuk spt lalang di kebun getah.