1.Sehingga Disember 2010, seramai 12 juta yang berusia 21 tahun ke atas telah berdaftar dengan SPR dan mereka yang berusia bawah 40 tahun mencecah 40% dari jumlah pengundi keseluruhan.Angka ini semestinya menjadi rebutan parti politik untuk menarik perhatian mereka dalam simpanan tetap parti. 2. Bermula dari hari ini hingga Ahad, para belia akan berhimpun di Putrajaya sempena Sambutan Hari Belia Negara. Sejuta Belia akan berhimpun di sana dan PM akan melancarkan pada hari Sabtu 4.30 petang. Gelombang anak muda akan memenuhi Putrajaya.
3.Tentunya untuk para belia sukan dan sosial merupakan platform pertemuan yang sangat diidamkan. Bertemu, berkumpul, bertukar pandangan dan lazimnya menambah rangkaian persahabatan. Jika yang cerdik akan dimanfaatkan tidak kurang juga yang membiarkan begitu sahaja.
4.Jika benar memujuk anak muda sebagai simpanan tetap - jangan terlepas berkaitan 4P – Pendidikan, Pekerjaan, Pendapatan dan Perumahan. Bagaimana mereka mendapat peluang dan inisiatif untuk mereka melanjutkan pelajaran dengan kos yang minima, dengan pendidikan yang sempurna bolehkah mereka mendapat peluang pekerjaan? Dengan pekerjaan mereka akan mempunyai pendapatan untuk menyara kehidupan dan peluang memiliki rumah sebagai tempat berlindung dan status sosial.
Anak muda sedang memerhati dengan cermat sebelum PRU ke 13.
Ayuh Menuju ke Putrajaya..kami turut membantu
1 comments:
4p yang mantap...
harap dapat direalisasikan...
Post a Comment