
1. Saya belum berjumpa anak muda yang tidak minat muzik. Muzik adalah bahasa dunia, universal medium ekspresi jiwa dan alat yang hebat untuk menyatukan komuniti.Muzik hidup sepanjang zaman, ia berputar. Pop Yeh-Yeh yang menjadi kegilaan tahun 60an, kembali menggila pada tahun 1985. M Shariff muncul lagi ketika itu dengan The Zurah II. Di sekolah pada ketika itu nama S. Jibeng, Jefry Din kembali disebut.
2.Magnet muzik cukup kuat, mereka boleh berseteru dalam politik namun mereka boleh berganding bahu dalam Konsert Yuna (Yuna Decorate) sama-sama bergembira dengan lirik Sebenarnya dan Cinta Sempurna. Mereka boleh memaki hamun namun tatkala lagu Negaraku berkumandang semua akan berdiri menunjuk rasa hormat.
3. Muzik itu makanan telinga. Peristiwa indah, sedih akan membentuk komuniti peminat muzik dalam sifat yang lebih ekstrim akan membentuk kelompok fanatik.Ramai yang tidak faham muzik namun hati boleh menjadi satu kerana muzik. Mereka lupa seketika masalah dunia dengan keindahan muzik.
4.Muzik menjadi medan ekspresi, We are the world - kepedulian Afrika, We are the world Haiti - keprihatinan mangsa gempa bumi, Mereka Yang Rebah - kebencian Dadah adalah antara lagu pengzahiran perasaan.
Saya faham muzik akan menyatukan hati kita.
2 comments:
sambil yoyang badan dan kaki...yeaahhhhhhh..!jumpa di petaling jaya..!
KASIH SAYANG.......
Post a Comment