Followers

Memilih kapten bola baru Pemuda Selangor

Friday, November 19, 2010

1. Pasukan lawan sudah lemah. Semua menjadi tidak karuan, ada menteri besar hanya tinggal ungkapan - "Saya tidak tahu", "Saya tidak dimaklumkan", "Maaf- saudara wartawan lebih mengetahui", ungkapan ini menjadi keramat apabila mengelakkan dari sesuatu tanggungjawab dibawab bidang kuasanya. Perebutan jawatan kapten antara Khalid vs Azmin vs Anwar nampaknya telah mencelarukan kepimpinan negeri. PKNS, Yayasan Selangor menjadi lubok mencair aset dan tanda orang Melayu.

2. Rupanya memilih kapten bukan mudah. Pemuda Selangor punya sifir dan rumus yang belum terlerai dalam memilih kapten. Bermula dengan perletakan jawatan? Dato Shuhaimi Ghazali - Sepang dan diikuti dengan beberapa siri calon yang bakal diperkenankan oleh kepimpinan negeri dan Pemuda Pusat.Usaha lobi-melobi dari pintu ke pintu. Saya juga stakeholer dalam perkara ini namun saya juga punya tanggungjawab untuk menjelaskannya.

3. Secara fakta, kuasa memilih KP Negeri ialah hak KP Malaysia. Kendati pun demikian supaya tidak timbul masalah ia perlu dibincang bersama dengan Perhubungan Negeri. Jika mahu lebih demokratik berikan hak memilih kepada KP bahagian-bahagian namun ini tentunya tidak dipersetujui oleh KP Malaysia kerana akan mengurangkan jangkauan kuasa.

4. Apa formula terbaik di Selangor? Pasukan lawan sudah lemah, tinggal 9 pemain, sesama rakan pasukan sudah tidak sefahaman namun arahan jelas dari kapten sendiri belum ada. Bola hanya berlegar di kawasan lawan, sudah masuk kotak penalti tentu jangan dibentes rakan yang ingin menjaringkan gol. Semua KP bahagian punya kemahiran memimpin, diamanahkan sebagai KP bahagian adalah pengalaman yang punya harga. Yang penting dia boleh bekerja dalam satu pasukan bersama Perhubungan Negeri.

Budiman memilih yang bagaimana? - Dia mesti mudah didekati, memberi manfaat dan punya teladan kepada rakan lain. Jika tidak seawalnya menarik diri.

1 comment:

wmu350 said...

kp malaysia nak tunggu lepas nov habis... silap bulan dan bintang bukan takat kp selangor punya isu .....kp malaysia pun boleh berpindah rumah kalau orang dah tak suka..!tiada apa yg mustahil...tak pelik pun...zaid ibrahim dah buat dah...semua ini pemimpin atasan yg buat bukan rakyat marhaen....pusing2 macamtu la sikap mereka..!

yg terpenting jangan yg jadi kp selangor hantu jembalang berwajahkan manusia...kita pun tak boleh kesan melainkan kita sendiri akan merasai perubahannya...

rakyat tunggu dan lihat dari jauh....masa untuk mengundi semakin hampir...