1. Menjadi jentera pilihanraya di Hulu Selangor dengan melihat dari luar dan dalam parti memberikan makna-makna yang berbeza. Kemenangan ini tidaklah percuma, tentunya bermula dengan usaha, kerja keras, strategi, kepakaran dan keberanian. Tiada satu faktor mutlak yang boleh mendabik dada terhdap kemenangan ini,ianya gabungan dari seluruh jentera.2.Dalam Islam - Perang Khandaq, adalah perang taktikal - penuh strategi dan kebijaksanaan. Perang antara Islam yang berpengkalan di Madinah dengan Kuffar Quraisy yang berpengkalan di Mekah. Penggalian parit dalam perang Arab oleh Salman al Farisi, memecahkan pasukan musuh oleh Nuaim bin Masud (mualaf dari Gahthafan), pasukan risikan yang diketuai oleh Hudhaifah Ibnu Yaman.Rasulullah juga mengungkapkan: "bahawa perang itu adalah tipu muslihat".
3. Sebab itu Hulu Selangor menjadi medan beza strategi pemuda. Betapa unit pidato menggerakkan jentera ceramah terdiri dari golongan muda, pasukan media baru yang menyebabkan bloggers pembangkang kecut perut dan kurang oksigen dan kesepaduan jentera pasukan pemuda di hari pengundian. Di Sungai Tengi dan Sungai Dusun kami dibantu oleh pasukan Terengganu, Perak, unit pidato dan pemuda Subang.
4. Ada banyak penambahbaikan yang perlu, jika tidak diambil tindakan mungkin ia berbalik ke PKR pada PRU ke 13. Berbaloikah dengan hanya 1725? Banyak diperkatakan tentang pengundi Cina, moralnya dalam pilihanraya akan datang bukan hanya UMNO mesti kuat - komponen yang lain seperti MCA, Gerakan dan PPP juga mesti kuat. Di peringkat parti, jentera pemuda mesti memainkan peranan, kurangkan politiking antara pemuda dan cawangan.
5. Dikawasan felda sistem penyampaikan maklumat mesti diolah, anak muda mesti diberi maklumat yang betul. Berkampung di Sungai Tengi dan Sungai Dusun memberikan iktibar bahawa felda memberikan banyak kemudahan namun maklumat tidak sampai ke bawah. Pengundi muda luar juga mesti diberi perhatian. Pemantauan rambang mereka inilah yang menyokong pembangkang.
Apabila wisel penamat ditiup, pemenang diketahui. Kerapkali yang tewas menyalahkan pihak pengadil. Mereka terlupa pernah menang di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Permatang Pauh - tiada isu pun pasal pengadil?
1 comment:
Saudara,
Rupa - rupa PRK yg baru ni begitu yang memerlukan stamina. Saya yg terlebih secara dlm diam melalui aktiviti persatuan penduduk turut merasa penatnya. Bayangkan dlm 2 minggu hanya tidur selepas 1 pagi & bangun 5:45 pagi keesokkannya untuk bekerja. Tapi bantuan yang sedikit ini telah membantu pihak yang menang. Bila sudah menang, janganlah lupa akan janji dan kerja keras yang perlu dibuat.
Jika perhatikan beberapa perkara perlu diambil perhatian. Antaranya ialah,
Cawangan UMNO yg malas & tidak aktif langsung. Ini berlaku dibyk tempat. Bila berkenaan yg seronok, para pemimpin cawangan ini akan timbul dan berkata merekalah yang menyebabkannya. Bila part bekerja, termasuk merayu undi, mrk ini hilang entah ke mana. Jika buat program pun hanya tak sampai 50 org hadir. Jika Cawangan terus lemah, maka utk PRU 13 nanti lagi lah bala, sbb tiada jentera yg besar akan membantu. Yg ada hanya jentera di setiap cawangan sahaja.
Maklumat kena disampaikan dgn betul dan cermat. Jangan hanya berharap pada media arus perdana, sbb lambat. Kena dicipta media cetak sendiri & channel pengedaran dgn cepat. Inilah kelebihan PKR & PAS.
Aktiviti komponen seperti MCA & Gerakan nampaknya out & ditolak terus oleh pengundi. Jadi sesuatu mestilah dilakukan untuk shape semula dua - dua parti ni. Jika tidak, sebab mereka kita pula kena ship out kelak.
Networking BN / UMNO dengan NGO diperingkat kawasan kena dipergiat. Jika Cawangan lemah, malas & hanya mahukan habuan sahaja, beri peluang kepada NGO seperti Persatuan Penduduk main peranan. Biar Cawangan melalak, yg penting networking tadi membantu memberi undi kepada kita. Lantaklah kalau Pengerusi NGO tu parti lain. Asalkan matlamat tercapai sudah lebih dari baik.
Shape pengundi sekarang. Jangan tunggu PRU 13. Jadi semua pihak buat kerja hari ini. Biar masyarakat namapak. Kerja dimaksudkan dipelbagai gerakan, bukannya Cawangan. Badan - badan seperti Persatuan Penduduk, PIBG, Surau, Komuniti Setempat, semuanya mesti ada pendukung parti, agar nampak aktivitinya. Yg kita bentuk ini ialah Pemimpin Pendapat. Bila tiba masanya kelak, pendapat Pemimpin ini akan diambil kira.
Itu sahaja.
Terus berkerja, kurang bercakap, jangan bergaduh.
Post a Comment