1. Buku ini merupakan terjemahan buku Malay Sketches yang diterbitkan pada tahun 1884 oleh Frank Swettenham. Catatan buku ini menggambarkan kisah-kisah orang Melayu dengan cara hidup dan amalan seratus tahun dahulu. Buku ini saya beli di Koperasi Universiti Malaya berharga RM22.50.
2. Siapa yang tidak kenal dengan Swettenham (1850-1946). Lahir di Belper, Debyshire dan mendapat pendidikan di England dan Scotland. Beliau merupakan Residen British yang pertama di Selangor pada tahun 1882 dan juga Residen General bagi Negeri Melayu Bersekutu. Beliau juga bertanggungjawab memilih Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran dan memulakan pembinaan Carcosa Seri Negara dan sistem pengangkutan keretapi.
3.Sebanyak 22 catatan telah dinukilkan. Ia kisah biasa dalam kehidupan seharian namun cukup menggambarkan falsafah, kemanusiaan dan ketamadunan. Kisah orang Melayu, Harimau, berkelah, amuk dan banyak lagi.
4. Belajar mengenali bangsa sendiri. 100 tahun dahulu Swettenham telah menulis tentang Melayu...
- Bersifat baik hati, gerak geri sopan apabila berbicara
- Tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenali agak pendiam dan curiga yang tidak ditunjukkan
- Suka berbelanja, gemar meminjam wang tetapi lambat membayar
- Petah berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka berkelakar dan suka benar berjenaka
- Mengambil tahu hal jiran tetangga dan suka bercerita tentang hal orang
- Percaya kepada takdir juga kepada tahyul
- Tidak pernah mabuk namun gemar berjudi dan bersabung ayam
- Konservatif,muliakan adat resam takut kepada raja dan hormati pihak berkuasa
- Pantang menerima penghinaan
- Apabila maruah tercemar - akan menuntut bela
- Semangat berpuak-puak yang tebal
- Curiga terhadap semua jenis pembaharuan dan menentang apa-pembaharuan yang dipaksa
Anda bagaimana?
1 comment:
Sdra Budi,
Terasa diri ni kecik bila orang puteh lebih banyak tahu perihal org Melayu. Kadang-kadang memang susah nk faham dgn org Melayu.
1. Tak tau diuntung.
2. Tak mengenang jasa.
3. Kurang ajar.
4. Tak bersyukur.
5. Tak berterima kasih.
6. Malas nak tambah ilmu ( itu aku la ).
7. 8. 9. .....
Tapi, harap bertambah ramai la lagi org2 Melayu yang sedar diri, tau diuntung, mengenang jasa, jangan kurang ajar, bersyukur, berterima kasih dan tambah la ilmu bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri.
Muhasabah la diri.
Assalamualaikum...
Post a Comment